Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Tuesday, December 30, 2008

Temuramah Eksklusif Bersama Ustaz Maszlee Malik Berkaitan Serangan Rejim Zionis

Dipetik Daripada Laman Web Palestinkini.info

Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:58:05 MYT

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.


Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?


Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?


Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.


6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?


HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.


7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?


Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.


8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?


Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis

Thursday, December 25, 2008

E476, E120, E473 Haram?

Again I'm copying from my sahabat. Hope that u'll read it attentively.
copied from Zulfikrie's blog

#########

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
just wanna share this info with everyone..we esp my friend and i in russia believe that it is haram to consume some Exxx containing product..for example, the E476, E120, E473 etc..it is well known that the source of this substance is from animals and pigs..thus we consider it as haram and shall never consume it..however, as this problem was asked during our usrah..then after doing some research..i have encountered the fatwa that stated that all the Exxx substance is halal..here, i would like to share the fatwa..hopefully it will benefit each and everyone of us..may our journey in the search of mardhatillah will be blessed by Allah. Amin..

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.These substances starting with E in reference to "European" come from different sources. Some of them are vegetarian, some are chemical and some are animal fat. As for the first two, there are out of questions as their original substances are halal. With regard to the animal fat in the third substances, they have gone through a complete process of chemical transformation known in Islamic Jurisprudence as "istihalah" in which the original haram substances is completely transformed into another substances to the effect that the prohibitory qualities in the old substances no longer exist, so the ruling is given to the new substance with no regard to where it comes from.

Therefore, the substances starting with "E" are considered permissible by many contemporary scholars based on the abovementioned rule.
http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=6R6ZtX

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear brother in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us. We commend your pursuit of knowledge and your keenness to seek what is lawful and avoid what is not. We earnestly implore Allah to bless your efforts in this honorable way.It is noteworthy that Islam permits Muslims to eat what is good and lawful, and orders them to avoid what is bad and harmful.
Almighty Allah has blessed His servants by creating all kinds of provision on earth for them, and He has permitted them to eat everything that is halal (permissible) and good. Allah says:
"O mankind! Eat of that which is lawful and wholesome in the earth, and follow not the footsteps of the devil. Lo! He is an open enemy for you." (Al-Baqarah: 168)

In response to the question you raised, the European Council for Fatwa and Research issued the following Fatwa:"The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be preservatives, coloring, flavorings, sweeteners, etc.
These are divided into four groups according to their origin:

First: compounds of artificial chemical origin
Second: compounds of vegetal origin
Third: compounds of animal origin
Fourth: compounds dissolved in alcohol

The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being halal, due to the following:

The first and second groups are halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.The third group is also halal because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. It is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called chemical transformation. This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or haram, the chemical transformation changed it to another ingredient that requires a new ruling.
For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain haram but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is halal.

As for the fourth group, these items are usually colorings and are normally used in extremely small quantities that dissolves in the final product form, which deems it an excused matter. Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remain halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah or His Messenger (peace and blessings be upon him) ordered us to do."

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503546698

Wallahualam~

Saturday, December 20, 2008

Tazkirah Ikram Rauhi

"sesungguhnya, mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya"
(Al-A'la:14)



Kali ini ana ingin warwarkan serba sedikit apa yang sahabat saya ada kongsikan ketika sesi tazkirah sebentar tadi.
Mungkin sering kita dengari, "an nazofatu minal iman" ataupun kebersihan sebahagian drpd iman.
Apa yang antum fikirkan?
Sudah tentu yang bersih-bersih sahaja, tetapi sedarlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Bukan setakat kebersihan zahir sahaja, tetapi menurut Islam kebersihan paling tidak ada 8 peringkat:

1. Kebersihan I'tiqod / Aqidah
-kebersihan dari syirik atau kufur
-antara yang perlu diambil perhatian adalah syirik khafi, contohnya,"ubat ini lah yang mampu menyembuhkan aku"

2. Bersih dari sifat mazmumah
-boleh dibahagikan kepada mazmumah terhadap Allah (tidak yakin dengan Allah, tidak ikhlas, tidak syukur dengan nikmat Allah) dan sifat mazmumah terhadap manusia (benci-membenci, dendam, hasad, dengki, berprasangka buruk, dll)

3. Bersih dari nafsu yang jahat
-jangan jadikan nafsu sebagai tuhan
-nafsu itu fitrah manusia, tetapi jangan berlebih-lebihan tunduk kepada nafsu
-perlu mendidik nafsu dari hal-hal yang bertentangan dengan syariat

4. Bersih dari hal-hal makruh, apatah lagi yang haram
-kebersihan kawasan muslim lebih teruk daripada kebersihan kawasan non-muslim
-sepatutnya kebersihan muslim adalah yang terbaik

5. Kebersihan pergaulan
-elakkan pergaulan bebas

6. Bersih dari sudut ibadah
-suci dari hadas ketika beribadah. terutamanya, ketika ibadah wajib seperti solat
-najis dibahagi kepada 3: mughollazoh, mukhoffafah, mutawassitah.
-perlu menyucikan diri sentiasa

7. Kebersihan dari sudut ideologi
-ideologi adalah sistem hidup yang direka manusia yang tiada kaitan dengan wahyu.
-ideologi semestinya ada cacat cela.
-hanya wahyu sahaja yang sempurna
-tidak sepatutnya mengenepikan Allah

8. Bersih dari adat
-sekadar belajar adat tidak mengapa, asalkan tidak jadi pegangan hidup.
-contohnya, adat bersanding dan tepung tawar ketika perkahwinan.

Thursday, December 18, 2008

Kenapa Kesayanganku?

"Dalam berkorban, mengapa perlu yang disayang?"
"Mengapa mesti yang kucinta?"
"Mengapa wajib yang terbaik?"
Semua soalan bermain dalam kotak fikiran ana ketika dalam jirzah tafakur semalam.

Semuanya bermula ketika kami berbincang tentang Hari Raya AidilAdha.
Soal naqib kami, "Rasanya kenapa Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya yang paling disayangi? Pernahkah terdetik dalam hati kita bahawa Allah itu kejam?"

Cuba antum bayangkan, Nabi Ibrahim mendapat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Hajar dalam usia baginda yang tua. Tambahan lagi, Nabi Ismail cuma bersua dengan Nabi Ibrahim 2-3 kali sahaja. Cukup sedih untuk meninggalkan seseorang yang disayangi begitu sahaja. Lebih-lebih lagi Nabi Ibrahim perlu menyembelih anak baginda dengan tangan baginda sendiri.

Ana memang tidak dapat membayangkan bagaimana ini boleh berlaku dengan kerelaan bukan sahaja daripada satu pihak tetapi daripada kedua-dua pihak. Secara logiknya dalam dunia realiti zaman sekarang, jika perkara yang sama berlaku ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku:
1) Kedua-duanya tidak rela untuk melakukannya
2) Hanya satu pihak sahaja yang rela

Secara melulunya pasti kita akan menyoal semula. Tidakkah Allah itu kejam untuk menyuruh baginda membunuh Nabi Ismail dengan tangan baginda sendiri?

Namun, atas rasa CINTA Nabi Ibrahim terhadap Rabbul 'Alamin yang Maha Mencinta, baginda sanggup melaksanakan perintah tersebut.

Tetapi suatu perkara yang harus kita tahu dalam kisah Nabi Ibrahim ini, baginda telah diangkat menjadi Khalilullah(cinta Allah) sebelum itu. Allah menurunkan ujian seperti ini untuk menunjukkan 'kecemburuan'Nya pada Nabi Ibrahim. Untuk menguji, dalam hati baginda siapa yang lebih tinggi kedudukannya, Allah atau putera baginda. Maka, baginda telah memberi jawapan kepada Cinta Sejati baginda (Allah S.W.T.) bahawa Allah itu lebih tinggi kedudukannya berbanding putera baginda di dalam hati baginda.

MasyaAllah...betapa cintanya baginda kepadaNya. Ana tidak terbayang akan cinta sesuci ini.

Jadi, apa IBRAH daripada kisah ini?
Ana banyak berfikir sehingga sekarang. Betapa perlunya kita berkorban, tidak kira apa pun. Yang penting kita korbankan kesayangan kita untuk Allah, iaitu Pemilik Cinta Teragung.

Jika kita cintai harta, apa yang boleh ia lakukan untuk kita selamanya?
Jika kita cintai wanita, apa yang boleh dia sumbangkan selamanya?
Jika kita cintai pelajaran, apa yang boleh ia berikan pada kita selamanya?
Jika kita cintai 'games', apa yang boleh kita peroleh daripadanya untuk selamanya?

Ingatlah, semua yang dicipta Allah itu tidak kekal. Ia pasti kembali pada Sang Pencipta akhirnya. Cuma Sang Pencipta itu sahaja yang mempunyai sifat kekal abadi. Jadi, cintaNya adalah kekal abadi selama-lamanya.

Thursday, December 11, 2008

Sabar Ahmed...

SABAR
Alarm Me


Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Begitulah satu gambaran
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi tuhan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yg rawan

Kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani ia digeruni berkorban rela mati

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahgian iman
Jadikan ia satu amalan

Wednesday, December 10, 2008

Itu dugaan...

"Salam alaikum, Ahmed. Ni Abah, apa jadi kat komputer kamu?"
"Hm..entah la, monitor tak menyala bila buka. Dari BIOS lagi pun macam tu, tak tahu la nak buat apa"
"Kamu tak boleh post balik Malaysia ke komputer kamu tu?"
"Entahla, Abah. Takut pula kalau-kalau hilang atau rosak tengah jalan nanti."
"hm.."
"Tak apa lah Abah, nanti Ahmed bawa ke Berlin, bagi pada Ustaz. InsyaAllah sampai ke Malaysia."

Sedih rasanya, bulan ini banyak mehnah yang datang menimpa. Bak kata orang tua-tua, sudah jatuh ditimpa tangga. Alhamdulillah, ada sahabat yang masih setia menyokong ana disaat kesusahan.

Sabtu, 7 Dis - Usai membaca Quran, seperti biasa ana menuju ke komputer riba untuk melakukan rutin harian ana (surf internet). Tepat jam 0000 mata yang semakin layu memaksa ana untuk terkulai atas katil. Ana 'shut down' komputer riba ana dan terus menemui Ilahi.

Ahad, 8 Dis - Seperti biasa, ana bangun subuh dan menunaikan rutin-rutin harian ana. Selesai mandi ana mula menekan butang 'on' komputer riba ana. Namun, cuma lampu-lampu sahaja yang menyala. Tiada tanda monitor yang menunjukkan komputer ana masih dalam keadaan baik. Kecewa menyelubungi diri ini, sebelum ini komputer ana lah antara tempat ana melepaskan lelah dan geram di kelas namun kini, nikmat itu diambil semula oleh Yang Maha Kuasa. Pabila dikataNya, "Jadilah", maka jadilah sesuatu itu. Tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Lebih kurang 2.30 petang, ana mula perasan bahawa salah satu daripada telefon bimbit ana tidak dijumpai. "Mungkin kau terletak dimana-mana" kata ana pada diri sendiri menenagkan hati. Namun, hingga sekarang tidak dijumpai telefon bimbit itu. Hm...inilah rezeki yang ana peroleh, redha sahaja lah

Tepat masuk waktu Maghrib kami (ana dan ahli usrah yang lain) berbuka puasa bersama-sama, cukup enak masakan adik-adik dan sahabat-sahabat ana. Namun, suatu berita sungguh mengejutkan ana. Ada orang yang men'cop' usrah kami sebagai sesat. Ana cukup tersinggung pabila memperoleh berita tersebut. Namun, tetap disudut hati ana berbisik,"Biarlah, mereka tidak faham lagi. Kalau mahu berdebat, aku beri sahaja 10 Muwasofat Tarbiyah".

Selesai solat Isya dan takbir raya, ana menghadiri 'meeting' Biro Dakwah PPIM Volgograd. Peliknya, isu yang dibangkitkan adalah wujudnya jurang perbezaan antara komuniti Muslim Malaysia di sini. Katanya, wujud suatu golongan yang mengadakan aktiviti diluar nama PPIM. Tambahnya, ini menyebabkan perpecahan, contohnya program ISK, dan macam-macam lagi. Ana cukup tersinggung. Menggeletar tangan ana menahan kemarahan sambil tunduk. Ana tahu, kata-kata tersebut ditujukan pada ana. Namun, apakan daya ana makhluk yang lemah. Ana tahu jika ana membalas pada ketika itu ana boleh 'meletup' bila-bila masa sahaja.

Ingin ana 'highlight'kan. Variasi dalam berdakwah tidaklah salah. Sedangkan Nabi Musa dan Nabi Harun berbeza caranya dalam menangani masalah umat. Inikan pula kita, yang bukan Nabi. Janganlah kita ambil variasi sebagai musibah, tapi ambillah sebagai nikmah.
Mungkin ini tercatat dalam mana-mana buku Fiqh Ikhtilaf. Ana tahu ana tidaklah searif mana dalam ilmu Fiqh, tetapi ana berpegang teguh pada apa yang ana faham.

Apa bezanya kita dengan kaum Kafirin jika kita bergaduh disebabkan masalah sekecil ini?
Apakah sudah kita lupa pada Zaman Khalifah dahulu? Mereka jatuh disebabkan hasad dengki antara pengamal Islam sendiri.
Tidak perlulah kita berpecah belah jika tujuan kita masih satu, iaitu ALLAH S.W.T.
Asal tujuan kita masih ALLAH, maka metod yang mana satu tidak menjadi masalah.
Terimalah dengan berlapang dada. Ingatlah konsep Itsar.

Monday, December 8, 2008

Ambillah Ibrah Dari Mehnah

Align CenterApa itu Ibrah?
Ibrah = Pengajaran

Apa pula Mehnah?
Mehnah = Ujian/Dugaan/Rintangan

Apa sebabnya berlakunya Mehnah?
Ada pepatah yang berbunyi, jikalau kita melakukan sesuatu yang betul maka akan muncul mehnah dalam meneruskan perkara yang betul itu. Jadi, Allah menurunkan Mehnah untuk menguji tahap keimanan kita. Tanpa disedari, jika kita berjaya menempuhi Mehnah kita akan menjadi orang yang lebih baik dari dahulu.
Contohnya, Rasulullah S.A.W. semasa menyebarkan agama Islam di Makkah ditentang habis-habisan oleh Quraisy Makkah. Bahkan mereka dipulau selama 3 tahun! Namun, lihat apa yang berlaku seterusnya. Rasulullah berjaya mendirikan negara Islam Madinah walaupun Islam bukanlah majoritidi Madinah pada ketika itu.

Kenapa perlu ambil Ibrah daripada Mehnah?
Setiap mehnah PASTI ada ganjarannya. Itulah yang dijanjikan Allah S.W.T. dalam al-furqan. Namun begitu, semuanya bergantung pada metod kita menempuhi Mehnah tersebut. Jikalau cara kita menempuhi Mehnah itu menurut syara' maka insyaAllah kita bakal berjaya.

Bagaimana kita mencapai kejayaan dengan Mehnah?
Setiap ganjaran yang dijanjikan Allah mesti ada bayarannya. Contohnya, Allah memasukkan kita ke dalam syurga dengan bayaran perhambaan padaNya. Jika kita menghambakan diri padaNya, sudah tentu Allah membalas dengan syurga. Jadi, untuk setiap Mehnah, bayarannya adalah sabar. Firman Allah dalam Al-Karim:

"Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut:69)