Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Tuesday, September 29, 2009

Lamenye Menyepi~~

Kian lama ana menyepi, tapi kini ana datang lagi.
Sekali sekala terdetik untuk ana berhenti menulis... Ya Allah ampuni daku..
Namun, ana sedar bahawa ana belum menjalankan tugas sebagai khalifah sebaik-baiknya
Sekurang-kurangnya ada juga metode-metode tambahan yang ana mampu laksanakan
Jadi, hari ini, tangan ini kembali menari di atas papan kekunci berusia 3 tahun ini

###

Semalam ana berborak dengan seorang sahabat dalam YM...
Ana: Eh, biler nta ke UK?
xxx: Jumaat ni..
Ana: o0o..Nta ke U mane ek?
xxx: University of Warwick, Birmingham
Ana: Mane tuh?
xxx: Specifically,kt Coventry
......
Ana pula melahirkan kerisauan terhadap adik-adik usrah ana....
Ana: Ana risao sbnanye..dh lame ana xjumpe adik2 ana..sumernye bz jek memanjang..besides,derg dh dok kt flat..
xxx: Hm..knape plak?
Ana: Murah lg kalo dok kt flat..
xxx: Awat nta xpindah?
.....
Setelah kian lama kami berborak, muncul pula satu perbincangan tentang masalah diri.
Ana: Ana skrang byk mslh la akhi..Smua bende xkene..xtau la knape..
xxx: xpe..kite cube sket2..

Dalam tempoh masa beberapa bulan ini, ana sedang menghadapi konflik dalam diri.
Semuanya bercampur-baur, baik yang betul ataupun yang tidak betul.
Rasanya seperti ana hilang arah tujuan, sesat dipertengahan jalan, duduk didalam kegelapan.
Semua masa lampau ana diimbas kembali seperti adegan flashback dalam filem-filem moden.
Amal baik, buruk, segala caci makian orang diwaktu lampau, kata-kata kesat yang pernah dilemparkan ketika marah, pintu-pintu yang pecah ditendang ketika naik angin, lebam-lebam diri akibat mencari gaduh, semuanya diimbas dengan begitu cepat setiap hari.
Ana sedar, ana tidak begitu bagus dalam banyak perkara. Ana kurang cerdik, pemalas, cepat marah, cepat kecil hati, bukanlah seorang abang yang baik, banyak kurangnya ana kalau dibandingkan dengan antum semua. Tapi, apa yang pasti. Ana sedang cuba memperbaiki diri sedikit demi sedikit seperti kata sahabat ana itu.

Ya Tuhanku tabahkanlah hatiku
Menghadapi dugaanMu
Jangan Kau biarkan ku sendiri
Meredah duniaMu yang penuh pancaroba
Ya Allah
Hanya padaMu tempat ku mengadu
Sesungguhnya
Tiada yang berkuasa melainkan diKau

Ya Muqallib alqulub, Tsabbit qulubi ala dinik wa to'atik
Wahai pembolak-balik hati. Tetapkan hatiku diatas agamaMu dan dalam mentaatiMu

1 comments:

Ain::Zai::Ta said...

Wahai pembolak-balik hati. Tetapkanh hati-hati kami diatas agamaMu dan dalam mentaatiMu..