Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Friday, October 2, 2009

Kemaafan

Kemaafan
Bukannya suatu perkara yang mudah
Lebih-lebih lagi jika ada yang terluka

Kemaafan
Juga suatu yang mudah
Cuma perlukan suatu perkataan sahaja

Namun
Mengapa diri selalu sombong
Rasa bongkak, takabbur, hebat
Walalupun tahu
Diri ini datangnya daripada suatu yang hina dina
Kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk, itik tak sudu

Mengapa
Mengapa
Mengapa
Sangat susah untuk ku lafazkannya?
Apa yang kutahu
Kemaafan datang daripada
Hati yang suci murni
Yang tidak dinodai dosa
Apa yang menghalangku untuk lafazkan kata-kata
Yang semudah itu?
Mungkin hatiku hitam
Mungkin diriku kotor
Mungkin juga aku penuh dosa

Maafkan daku
Ibunda ayahanda
Kakanda
Adinda
Sahabat sekalian

Ku berjanji
Agar tidak ulangi kesalahanku

Moga-moga doa dan bimbingan kalian
Dapat membantu
Untuk terus diatas landasan yang benar

4 comments:

the left wing said...

Salamun alaik ya akhi..

Mencari erti kemaafan?

People always said forgive but not forget. But, my mum said.. in islam forgive means forget.

Forget wut has happend b4. And take it as pengajaran utk menghadapai masa hadapan.

salam seislam..
sekadar memberi pendapat. Semoga memberi manfaat kpd anta.

Ahmedkzaman said...

hm..
btol..
forgetting is much harder than forgiving..
that's what not all people can do..

yg lpas biarkanlah lpas..
jgn diungkit2 lg perkara yg lpas..
klak mmberi kesan negatif pd diri..
yg lpas jadikanlah tauladan n pedoman..

musafirah said...

slm saudara sesama Islam

tertarik dgn post ni sbb sy ada post bkaitan dgn "forgiveness is the best remedy.." in my own blog http://lifemusafir.blogspot.com/, so kalau ada masa jemput la melawat and comment.

saya rs mmg patut lupa, tp susah..
jadi for me, at least once we try to forgive.. then, we'll try to find a reconciliation pt to forgive that person..
then, after a while Allah& time will help us to forget since we at least have open up a way to forgive others.

jadi nak memaafkn pn susah, apa lg nk melupakn..sekurang2nye usaha..nti leh lupa dgn bantuan Allah, insya' Allah

waAllahualam

the left wing said...

belajar lah utk melupakan. saya pun masih cuba utk melupakan.. =) let's try it together..