Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Thursday, February 25, 2010

Tersentak

Baru sahaja tadi ana bukan ditanya
Bukan juga diminta pendapat
Tetapi diminta untuk melakukan sesuatu
Sesuatu yang ana rasakan mahu laksanakan semester depan
Tersentak diri ana
Pabila berborak
Terkeluar sepatah perkataan dari XXXXX

"Lpas nih lagi snang la kte nk wat usrah. Rumah ko dah dkat dah."

Pergh!!
Belum sempat ana keluarkan ayat tersebut
Ia disebut oleh si XXXXX

Kepada XXXXX,
InsyaAllah pasnih kite wat ek..(kalo XXXXX ada membaca blog ini)

0 comments: