Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Sunday, July 4, 2010

Awas!! Berhati-hati di musim cuti!!

Mesti semuanya tertanya2 mengapa ana namakan tajuk post kali ini seperti dia atas
Mungkin penulis nak menasihati kita semua
Mungkin juga penulis mahu kita berubah

Ya dan tidak!
Ya kerana ini adalah syndrome typical semua student dan juga ikhwah
Tidak kerana penulis bukan mahu menasihati semua tetapi mahu mengingatkan diri sendiri

Cuti bukanlah bermakna cuti daripada meninggalkan larangan Allah
Cuti juga bukan bermaksud cuti daripada melaksanakan perintahNya

Tetapi musim cuti bermaksud
  1. masa untuk menghafal Juz 30
  2. masa untuk membedah buku2 tarbiyyah
  3. masa untuk memperbanyak amalan
  4. masa untuk memperbaiki diri dari segala kelemahan
Ya Allah,begitu susahnya hambaMu ini melaksanakan perintahMu dikala musim cuti ini
Ya Allah,hambaMu tak berdaya tanpa keinginanMu dan ketentuanMu
Ya Allah,bantulah hambaMu ini menghadapi saat2 genting disini..

*dalam mood sedih ditinggalkan akhi Fadli, akhi Afham dan akhi Hanif*

0 comments: