Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Sunday, July 25, 2010

Tarbiyah bukan untuk dia sahaja

tarbiyyah bukan untuk orang baik sahaja
kalau ianya untuk dia sahaja, siapa yang akan mentarbiyyah orang jahil???
mungkin si Jahiliyyah agaknya...

tarbiyyah bukan untuk orang jahil sahaja
kalau ianya untuk dia sahaja, siapa yang akan mentarbiyyah orang baik???
mungkin si Jahiliyyah juga agaknya...

sahabat sekalian..ingatlah,tarbiyyah itu untuk mengubah diri... tarbiyyah juga perlukan masa... tiada yang dapat berubah sekelip mata sahaja..hatta para sahabat semuanya berubah sedikit demi sedikit..
*teringat pesan MakCik Aziah dalam ceramahnya.."ingat pesan MakCik, 3T,apa dia 3T?? Tarbiyyah,Tarbiyyah dan Tarbiyyah...

5 comments:

Anonymous said...

salam Ahmed,

ramadhan kareem

haha comelnyer Makcik Aziah :p

post ko neh rhymes and meaningful! best2 :)

keep up the good work

-Aliya

Ummu Mujahid said...

Assalamualaikum...semoga kita dapat terus mentarbiyyah diri kita..

Nur Fairies said...

Salam ukhuwahfillah~
Best la entry ni..err...mcm nk copy paste.leh?
Ala bizkrillahi tatmainnal qulub~

Nur Fairies said...

Minta izin copy paste ye...~

Ahmedkzaman said...

tafaddhol~~