Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Monday, February 28, 2011

No Name

fuh..fuh..fuuuuuhhhhhh....................
haaaacchhhuuumm!!berdebu la blog ni..
aasif sebab lama tak update blog atas sebab2 yang tertentu


sekian lama tak menulis
rasa kekok pula ingin berpuitis
tapi tak ingin blog ini terus bersarang,bersawang

Allah sahaja tahu perasaan hati ini setelah kembali beraksi dimedan kecil ana, Volgograd
bermacam2 cubaan menimpa kami semua
  • kami tak boleh lagi mengamalkan Islam secara terbuka
  • ana dah masuk ke semester ke-2 tahun pengajian ke-4. maksudnya, ana makin dekat dengan graduation
  • rumours tentang HO bekas pelajar Russia yang incompetent ketika houseman period
  • ana dah berumur 22 tahun (kalau ikut tahun, bukan tarikh)
  • roommate ana dah kahwin. tinggal ana seorang dalam bilik ini semula
  • kawan baik ana, merangkap jiran ana dah kahwin (kurang la geng nak membuat onar di hostel)
  • adik2 1st year nak pindah ke Kvartira(rumah apartment)..sunyilah hostel ini.
  • bebanan kerja sebagai pelajar dan dai'e makin bertambah(atas sebab kesilapan ana sebelum ini)
  • dan macam2 lagi
sekarang,
ana memerlukan sokongan Yang Maha Esa sebagai bekalan dalam jalanNya
apa yang pelik adalah semakin lama ana berada di Volgograd, semakin besar lubang yang ana lihat masyarakat Volgograd miliki
lubang ukhuwah, nurani,
buktinya:
  • berapa kerap kali penduduk di hostel ini berjumpa sesama sendiri (boleh dihitung dengan jari dalam masa seminggu,kecuali yang duduk sebilik/searas)
  • berapa kerap kali pelajar Malaysia di Volgo berjumpa sesama sendiri (selain di dewan kuliah)
  • berapa banyak majlis umum yang diadakan dalam masa satu semester
  • jikalau ada majlis, berapa ramai yang hadir ke majlis.
  • jika hadir pula, bagaimanakah sambutannya terhadap majlis tersebut
  • yang lebih menyedihkan adalah keadaan masyarakat Muslim diluar sana yang punyai banyak masalah (tidak menjaga ikhtilat, tidak amalkan rukun islam, menentang hukum-hakam islam)
Allah...banyaknya salah hambaMu ini..
masyarakat ini memerlukan pertolonganMu..
berikan kekuatan padaku untuk membantu agamaMu..


Ya muqollib al qulub~~
tsabbit qulubi 'ala dinika wa 'ala to'atika~~

1 comments:

Anonymous said...

be strong..Allah always be there...