Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Monday, February 28, 2011

Pernahkah Anda Terfikir?

sekali sekala pada ketika dahulu
aku sentiasa berfikir

mengapa aku dilahirkan oleh ibuku?

apa aku punya hala tuju setelah dilahirkan ibuku?

ibuku menyuruh aku belajar, sebab apa?

apa perlu belajar itu untuk menaikkan status hidup?

dan kemudian, apa akan berlaku bila status hidupku meningkat?

apa perlu belajar itu untuk menjadikanku orang yang berjaya?

apa pula maksud berjaya?

adakah menjadi seorang doktor/jurutera/arkitek/pensyarah itu menjadikan aku berjaya?

apa jaminannya aku berjaya dengan profesyen aku?

bagaimana pula jika aku tak suka pada profesyen aku?

adakah ini maksdnya berjaya?


bermacam2 lagi soalan yang dahulunya terbuku dilubuk hatiku ini..
namun, sejak ku terima itu segala-galanya berubah
hidupku makin terarah ke satu matlamat
iaitu itu

mahu tahu apa itu itu?

teruskan bersama saya..

0 comments: