Lukisan, Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Monday, March 28, 2011

Menunggu vs Bertindak

Janji Allah
Islam itu pasti bangkit semula

Berimankah kita dengan janjiNya itu?

Jika kita beriman, mengapa kita(Islam) masih ditindas?
Mengapa Islam dipandang serong?
dipandang rendah
Jika benar kita beriman,mengapa masih kita ditakuk yang sama?
pernahkah sahabat terfikir akan semua yang berlaku sekarang ini??

tidakkah pernah sahabat dengar kisah Si Jutawan, anaknya dan hospitalnya?

sang jutawan punyai seorang anak
dia mahu supaya anaknya berjaya
maka, dia tubuhkan sebuah syarikat untuk diterajui anaknya
anaknya dihantar ke luar negara
diberikan wang saku secukup mungkin
apa sahaja yang diminta, sang jutawan berikan pada anaknya

6 tahun berlalu
sepanjang 6 tahun prestasi anaknya kurang memuaskan
walaupun diberikan apa sahaja yang diingini anaknya,
sebut sahaja apa, smart phone,desktop,netbook,buku segalanya diberikan padanya
namun natijahnya tetap sama
mungkin kerna anaknya terlalu dimanjakan
mungkin juga anaknya fikir dia sudah berada di zon selesa oleh sebab kerja yang menantinya di syarikat ayahnya
mungkin itu, dan mungkin ini

akhirnya tiba masa untuk anaknya menamatkan pengajiannya
keputusannya tidaklah secemerlang mana- hanya cukup2 makan

sahabat rasa adakah mungkin ayahnya memberikan jawatan CEO syarikat tersebut??





sudah tentu TIDAK sama sekali!!
atas sebab apa??

kerna anaknya tidak layak untuk jawatan tersebut
jikalau diberikan syarikat tersbut pada anaknya,
sudah tentu anaknya akan men'jahanam'kan syarikat hasil titik peluh ayahnya!

begitu jugalah kita
Allah ciptakan dunia dan segala isinya untuk hambaNya
dengan segala kemudahan untuk kita
sepertimana firmanNya dalam Kitab Yang Mulia
2:22
2:29
79:33
namun sudahkah kita layak untuk semua itu??
adakah layak untuk kita menjadi khalifahNya
sepertimana dalam firmanNya 2:30
layakkah kita untuk semua itu jika tugas kita pun tak kita laksanakan
sebagaimana dalam qalamNya 51:56

wahai sahabat
selami, fahami, hayati nukilan ana ini..
Sahabat, mari bersama bertindak!
Jangan hanya menunggu sepertimana anak jutawan tadi
Jom bersama meng'islah' diri!
Mari jadikan diri kita layak untuk Kemenangan Yang Sudah Pasti!!

doaku padaMu

ya Allah,
limpahkan rahmatMu
kurniakan kesabaranMu
hadiahkan kasih sayangMu
berikan ilmuMu

sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mengetahui
Yang Maha Kuasa
Yang Maha Memberi

aku hambaMu
tak punya tenaga
tak bisa mengetahui apa yang akan berlaku
mahupun apa yang telah berlaku

kiranya Kau tetapkan untuk diri ini ujian
belum tentu mampu ku hadapinya
tanpa pertolongan dariMu

sesungguhnya aku ini hambaMu yang tak punya apa

*teringat kisah Khabbab bertanya pada Baginda SAW, "mataa nasrullah??"
masih jauh perjalananku